Wanita Nikah Jejaka Guinea Dulu Dikecam, Kini Bahagia Tunai Umrah Bersama!

Bulan lepas, tular sebuah perkahwinan yang melibatkan seorang wanita Melayu bersama dengan jejaka pilihan hatinya yang berasal dari Guinea, Afrika Barat. Wanita kelahiran Jitra, Kedah bernama Nur Afilah Amir ini pernah menyatakan yang dia sudah terpaut dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh suaminya, Adama Mohamed sejak perkenalan mereka yang pertama pada awal tahun ini. Dan setakat ini, rumah tangga mereka dilihat sangat bahagia.

BACA: Tak Sampai RM5000, Wanita Dedah Rahsia Buat Umrah Sendiri, Jimat Tapi Selesa!

Terbaru, mereka juga berkesempatan untuk menunaikan umrah pada bulan mulia ini. Menerusi satu pendedahan yang dibuat kepada sebuah portal hiburan, Nur Afilah ada berkongsi pengalaman yang dilalui oleh  dia dan suami sepanjang berada di Tanah Suci.

Perasaan terharu, teruja semua ada…balik hotel pun dah rindu Ka’abah

Suami senang sentuh Ka’abah sebab tinggi…saya berhimpit-himpit

Puasa kat sini lagi lama…tapi tak rasa macam berpuasa pun

Berhijab dekat sini rasa seronok…niat berhijab sepenuhnya akan ada

Perkongsian yang amat berharga itu mendapat banyak titipan komen positif daripada para netizen. Mereka turut menyatakan bahawa inilah hikmah yang mereka perolehi walaupun mereka pernah dikecam sewaktu diijabkabul dulu.

Alhamdulillah…orang yang dok kecam tak dapat pun macam ni

Suka tengok perjalanan hidup…sebab boyfriend pun bangsa lain

Ni yang orang duk kutuk…tapi dah dipanggil jadi tetamu Tuhan

Sumber: IG filaamir & mStar

Apa Komen Anda?