Dalam rumah tangga, rezeki anak itu adalah yang paling dinanti-nantikan. Walau bagaimanapun, tahap kesuburan boleh terganggu jika suami isteri ‘tenggelam’ dalam kerjaya masing-masing sehingga sukar untuk mendapatkan zuriat. Mungkin begitulah yang dialami oleh usahawan terkenal ini.
BACA: Diusik Cinta Berputik Kembali Dengan Hans Isaac, Neelofa Tampil Beri Penjelasan
Susah nak mengandung, guna teknik IVF untuk dapat anak
Melalui Instagram, Nur Liyana Abdul Rahman mengaku bahawa dia sebenarnya susah untuk memperolehi zuriat. Meskipun begitu, dia tetap bersyukur kerana dikurniakan seorang baby girl bernama Tyara Luthfia menerusi in vitro fertilization (IVF) sekitar Januari tahun lepas.
Selalu ditanyakan soalan perancangan tambah anak
Walaupun sudah memiliki seorang cahaya mata, ada pihak yang bertanya kepada Liyana mengenai perancangan menambah anak pula. Bagi someone yang susah untuk mendapatkan zuriat, soalan sebegitu sememangnya sensitif terutama sekali jika suami hanya buat ‘pekak’ sahaja mengenai isu berkenaan.
Harap dapat tambah lagi seorang tak lama lagi guna IVF juga
Oleh itu, Liyana mengingatkan untuk tidak terlalu bersedih kerana dia percaya rezeki setiap orang itu berbeza kerana ramai yang pentingkan kerjaya daripada perkahwinan. Selain itu, pengendalian stress dan pengambilan makanan juga harus dititiberatkan kerana ia boleh menyumbang kepada tahap kesuburan kita. Liyana juga sempat memohon orang ramai untuk mendoakannya kerana dia ingin menambah seorang lagi zuriat menggunakan teknik IVF seperti kehamilan dahulu.
Sumber: IG Leeyana Rahman
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura