Family Viral

Wanita Tular Bawa Makcik Tolak Sumbangan Ramai -“Ada Insan Yang Lebih Layak”

Wanita Tular Bawa Makcik Tolak Sumbangan Ramai -“Ada Insan Yang Lebih Layak”

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang warga emas yang duduk pada gerabak motosikal. Lebih mencetuskan sebak apabila wanita tua tersebut terpaksa berada di bawah terik matahari manakala penunggang motor pula bantu berteduh. Sejak itu, ramai mula berasa simpati serta berpakat ingin menghulurkan bantuan kepada mereka.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Ini rupanya akak yang viral bawa mak saudara…akak ni minta tolong stop share video tu

Susulan video viral tersebut, seorang pengguna TikTok bernama anaz_aziz telah bertemu sendiri dengan wanita berkenaan. Menerusi perkongsian itu, dia langsung tidak menyangka bahawa dirinya serta ibu saudara boleh tular di media sosial. Bagaimanapun, dia turut merayu agar netizen berhenti share video berkenaan atas faktor-faktor keselamatannya terutama berkaitan alamat rumah serta nombor telefon.

Wanita Tular Bawa Makcik Tolak Sumbangan Ramai -“Ada Insan Yang Lebih Layak”

 

Saya alhamdulilah semua cukup, kalau ada nak beri bantuan elok beri pada yang lebih layak

Walaupun ramai ingin menghulurkan bantuan, namun individu itu dengan ikhlas terpaksa menolak sumbangan tersebut. Menurutnya, dia tetap bersyukur dengan rezeki yang dimiliki sekarang selain mengakui ada insan lain yang lebih layak. Bagaimanapun, wanita berkenaan hanya meminta orang ramai agar menyokong perniagaan yang dijalankannya di media sosial.

@anaz_aziz

#akakviral #fypterengganu #masukberada #tiktokmalaysia #fyp bagus akk ni dia terangkn dgn jelas dh..blh suppot perniagaan dia tt #hijrahsoleh1

♬ Selawat Nabi Muhammad Saw – N.I.A

Ni yang patut TV Al Hijrah jemput…semoga akak dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji sifat rendah diri yang ada dalam dirinya. Mereka juga turut mendoakan kedua-duanya sentiasa dilindungi serta dipermudahkan dalam segala urusan.

Wanita Tular Bawa Makcik Tolak Sumbangan Ramai -“Ada Insan Yang Lebih Layak”Wanita Tular Bawa Makcik Tolak Sumbangan Ramai -“Ada Insan Yang Lebih Layak”

Wanita Tular Bawa Makcik Tolak Sumbangan Ramai -“Ada Insan Yang Lebih Layak”

Kredit: TikTok anaz_aziz

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Wanita Tular Bawa Makcik Tolak Sumbangan Ramai -“Ada Insan Yang Lebih Layak”

Facebook

Telegram