Warga Emas Terkandas Gara2 Skuter Habis Bateri, Rider Dipuji Bantu Lintas Jalan

Dalam hidup bermasyarakat, sebenarnya kita tidak boleh bersikap selfish. Selain boleh memudahkan urusan orang, kita sendiri juga dapat nikmat puas hati serta pahala daripada pertolongan yang dihulurkan. Walupun perkara ini mungkin nampak kecil di mata orang lain, tapi impaknya besar bagi mereka yang berada dalam situasi kurang bernasib baik. Bak kata bidalan, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’.

BACA: [VIDEO] Bantu Warga Emas Jatuh Eskalator, Sifat Murni Pak Nil Dipuji Netizen

Situasi ini jelas dipamerkan menerusi seorang penunggang motosikal atau rider yang membantu seorang lelaki tua melintas jalan. Menurut akaun Twitter ‘All Singapore Stuff’  ini, warga emas itu telah terkandas di kawasan lampu isyarat apabila bateri skuter elektriknya habis.

Baiknya dia…inilah beza ‘mat rempit’ dengan ‘mat motor’

Tindakan mulia oleh lelaki budiman itu berjaya dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya yang turut sama berada di lokasi kejadian. Ternyata babak inspirasi yang dipercayai berlaku di negara Kota Singa itu telah memperoleh lebih 90 ribu tontonan serta 6 ribu retweets sejak dimuatnaik pada hujung bulan lalu. Posting terbabit turut memperoleh banyak reaksi positif dalam kalangan netizen apabila mereka tak putus-putus memberikan pujian terhadap penunggang motosikal berkenaan.

Sumber: Twitter allsgstuff

Apa Komen Anda?