“Why So Cute?” – Gelagat Budak Kostum Biri-Biri Ini Curi Tumpuan!

Zaman kecil dahulu, banyak moment yang tak dapat dilupakan sewaktu zaman persekolahan. Antara yang paling menarik adalah apabila tibanya hari sukaneka kerana pada masa inilah semua kanak-kanak berkumpul dan bersuka ria bersama rakan-rakan yang lain. Malah ibu bapa juga tidak terlepas untuk hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Senario yang sama berlaku di sebuah sekolah tadika di Sandakan Sabah apabila acara tahunan itu kelihatan sangat meriah dengan pelbagai acara dan peragaan kostum-kostum yang mencuit hati.

baca: [VIDEO] “Comel Gila!”-Lihat Reaksi Anak Bila Alif Satar Muncul Dalam Drama Pia

Acara yang berlangsung pada ahad lalu itu membariskan aktiviti seperti isi air dalam botol, masukkan tali dalam straw, lari dalam sarung dan banyak lagi. Acara sukaneka tersebut telah disertai oleh 15 buah sekolah PASTI dari kawasan sekitar Sandakan. Selain kostum biri-biri, kanak-kanak comel turut mengenakan kostum haiwan yang lain seperti labah-labah, burung, ikan dan lain-lain.

 

Comelnya yang depan tu OMG

Namun, paling mencuri tumpuan adalah gambar candid seorang kanak-kanak lelaki yang memakai kostum kambing ini selaku ketua perbarisan rumah sukannya. Gelagat kanak-kanak ini turut menjadi bualan di laman Twitter apabila dikongsikan oleh salah seorang pengguna laman tersebut.

 

Netizen di laman Twitter dan Facebook juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi kepada foto tersebut kerana menyifatnya sebagai sangat comel dan juga lucu. Selain itu, kostum biri-biri yang dipadankannya juga sangat seronok untuk dilihat. Dalam pada itu, mereka juga tidak lekang memuji kostum yang dipakai oleh kesemua kanak-kanak ini sangat kreatif dan menarik untuk ditonton. Temasya Sukaneka Pusat Asuhan Tunas IsIam (PASTI) Kawasan Sandakan kali ke 30 yang berlangsung Ahad lalu telah menampilkan kelainan apabila mengambil tema ‘Binatang Dalam Al-Quran’ sebagai tema tahun ini.

Sumber: FB PASTI Kawasan Sandakan – Sabah & Twitter IzwanHs

Apa Komen Anda?