Viral Info Inspirasi

Wow Masyuk, Pemuda Malaysia Raih Hampir RM10K Jadi Pemungut Sampah Di Singapura

Wow Masyuk, Pemuda Malaysia Raih Hampir RM10K Jadi Pemungut Sampah Di Singapura

Kerana nilai gaji yang jauh lebih lumayan, sejak dahulu lagi ramai rakyat Malaysia sanggup merantau ke Singapura. Baik yang sudah duduk tetap ataupun berulang-alik setiap hari dari Johor Bahru, segala kepenatan diletak tepi demi mencari rezeki berpadanan dengan kerja.

BACA : Bakal Mentua Tak Restu Hanya Kerja Jual Sayur, Wanita Dedah Gaji RM6K Sebulan

Dengar sahaja dah best, try dulu

Baru-baru ini, seorang pemuda Malaysia turut berkongsikan video mengenai kerja hariannya sebagai pemungut sampah di Kota Singa tersebut. Meskipun bergelumang dengan sampah berbau, siapa menduga bayaran yang ditawarkan kepada mereka benar-benar’masyuk’ sekali iaitu sekitar RM6000-RM9,600. Pastinya nilai itu sangat jauh beza dengan gaji pokok diberikan oleh majoriti majikan di Malaysia.

@ezzaiky7

Dengar sahaja best try dulu 🤭 #runsgd🇸🇬l🇲🇾

♬ original sound – Napi✌️💪🙋 – Napi✌️💪🙋

@ezzaiky7

Selamat petang semua #runsgd🇸🇬l🇲🇾

♬ suara asli – aandranata – aandranata

Saya tahu rezeki di mana-mana, tapi rezeki saya dah tertulis di sini…Tak pernah malu, malah bersyukur

Meski ada yang berpendapat kadar bayaran pemungut sampah di Malaysia jauh lebih mahal, Eky tenang menjawab kecaman tersebut. Baginya di Malaysia sendiri, hanya golongan berpendidikan sahaja boleh merasa gaji tinggi. Akui dirinya tidak berpelajaran, dia cekal mencari rezeki di sana. Namun dia menegaskan kehidupan di Singapura tidaklah seindah yang disangka. Paling penting adalah elakkan sikap gemar merungut ketika bekerja.

@ezzaiky7

Replying to @Boroh Kasar dapat bang ✅

♬ Cinta Dewa Dewi (Live) – Spider

@ezzaiky7

Reply to @juliairfansha Betul kak 😆 Tak pernah malu kerja macam ni malah bersyukur 👍🤲🏻

♬ bunyi asal – Khutowk😉 – lynn_shomey

Gaji pemungut sampah di Singapura dinaikkan kepada RM10K menjelang 2028

Sebelum ini menerusi laporan berita, kerajaan Singapura menyambut baik cadangan menaikkan kadar upah bagi pekerja di industri pengurusan sisa kepada RM10,000 menjelang tahun 2028 nanti. Khas buat ribuan pekerja warga Singapura atau pemastautin tetap, mereka juga bakal merasai manfaat berupa bonus tahunan serta kenaikan pangkat.

Wow Masyuk, Pemuda Malaysia Raih Hampir RM10K Jadi Pemungut Sampah Di Singapura
Gambar sekadar hiasan

Kredit : Portal The Vocket & TikTok eky7

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Wow Masyuk, Pemuda Malaysia Raih Hampir RM10K Jadi Pemungut Sampah Di Singapura

Facebook

Telegram