“Wuduknya Tetap Sah” – PU Azman Huraikan Kenapa Ada Orang Islam Tak Buang Tatoo

Golongan mualaf atau insan yang baru bertaubat tidak seharusnya menyisihkan diri mereka daripada masyarakat. Sebaliknya, kita senua juga disaran agar terus terbuka menerima kedatangan saudara baharu dan membantu mereka tentang agama IsIam. Sebelum ini, pernah viral sekeping foto yang menyaksikan paparan seorang remaja yang dipenuhi dengan tanda cacahan atau tatoo bahagian tangan dan lehernya didapati bersendirian ketika berbuka puasa di sebuah pusat ibadat. 

BACA: Baru Nak Beli & Baca Al-Quran, Gadis Mualaf Ini Ditipu Penjual Scammer!

Nampak macam tak ada kawan…dia mualaf baru 2 tahun

Bagaimanapun, foto ini mengundang persoalan ramai tentang pengesahan ibadat yang dilakukan oleh lelaki ini kerana tatoo jelas sekali haram di sisi agama. Oleh itu, pendakwah selebriti terkenal iaitu PU Azman atau lebih mesra dengan panggilan Cik Man memperjelas tentang hukum situasi berkenaan.

Kita bincang pasal yang dibuat sejak zaman jahil

View this post on Instagram

Seseorang yang pernah buat tatoo pada zaman jahilnya walaupun dia Muslim, atau ketika dia Non Muslim, kemudian berhijrah, maka wajibkah dibuang tatoonya? Jawapan : Kalau dengan membuangnya akan memudaratkan nyawa, serta tiada alat yang dapat membuangnya dengan mudah tanpa sakit, atau alat tu ada tapi dia tak mampu dengan kos yang tinggi, maka Allah itu maha pengasih. Dia tak perlu buang tatoo. Wudhuk dan mandi wajib dan solatnya tetap sah! Tatoo tak menghalang air. Tatoo merupakan kulit itu sendiri yang dicetak. Bukan lapisan baru yang menutup kulit daripada unsur luar. Jangan salah faham. Tak wajib buang tu bukan maksudnya tatoo tu halal. Kita bincang pasal tatoo yang dah dibuat sejak zaman jahil. Tapi kalau seseorang tu memang takder tatoo, dan dah tahu hukum, maka memanglah tak boleh buat. Jadi, ini adalah dua situasi yang berbeza.

A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on

 

Menurutnya, jika situasi itu mengundang mudarat kepada tubuh si pelaku sebelum dikurniakan hidayah atau insaf, maka dia dibolehkan untuk tidak membuang tanda tersebut. Hal ini kerana tatoo juga adalah kulit yang dicetak, bukan sejenis lapisan di atasnya. Namun begitu, perkara ini tidak boleh dikompromi dengan individu MusIim yang sudah mengetahui tentang hukumnya yang haram. Ternyata penjelasan itu turut mendapat respon positif daripada ramai netizen di luar sana.

Sumber: IG pu_azman, FB Muhammad Zulhazim Hazli

Apa Komen Anda?