Family Inspirasi

“Ya Allah Tak Kuat”-Baru 2 Hari Lahir, Bayi ‘Pergi’ Menjelang Aidilfitri

“Ya Allah Tak Kuat”-Baru 2 Hari Lahir, Bayi ‘Pergi’ Menjelang Aidilfitri

Sharing is caring!

Aidilfitri kali ini tidak lagi membawa erti bahagia seperti Aidilfitri seperti tahun-tahun sebelumnya. Pedih hati si ibu, apabila bayi  yang dikandungnya selama lebih 9 bulan, akhirnya pergi selepas 2 hari dilahirkan. Tiada lagi raut wajah manis bayi yang  menemani hari-hari si ibu. Saat-saat akhir pemergian bayi berusia 2 hari ini dikongsikan oleh si ibu di  akaun media sosialnya, Nachik Cikna.

BACA: Tak Sempat Pakaikan Barut Bayi, Keluarga ‘Pergi’ Sekelip Mata Tinggal Kenangan

Puteri comel yang diberi nama Nur Ramadhani Solehah ini dilahirkan pada 21 Mei 2020 pada 1.05 pagi. Saat kelahiran awal si comel ini sempat diabadikan oleh si ibu menerusi sebuah rakaman video berdurasi 56 saat.

Video Saat Baru Melahirkan

Masih bersedih dengan pemergian si anak, si ibu dihujani dengan pelbagai andaian tentang pemergian bayinya secara mengejut itu.Walau bagaimanapun, menurut si ibu, bayinya pergi bukanlah kerana tersedak susu. Ini kerana bayinya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kesukaran di saat menghembuskan nafas yang terakhir. Malahan siasatan juga menunjukkan bayi kecil ini pergi secara semula jadi.


Sempat Hisap Sikit Susu

“Ya Allah Tak Kuat”-Baru 2 Hari Lahir, Bayi ‘Pergi’ Menjelang Aidilfitri

“Ya Allah Tak Kuat”-Baru 2 Hari Lahir, Bayi ‘Pergi’ Menjelang Aidilfitri

Walaupun perit menerima kenyataan kehilangan anaknya ketika beliau sendiri masih berpantang, si ibu meredhai pemergian si kecil ini.

Mama Redha…

“Ya Allah Tak Kuat”-Baru 2 Hari Lahir, Bayi ‘Pergi’ Menjelang Aidilfitri “Ya Allah Tak Kuat”-Baru 2 Hari Lahir, Bayi ‘Pergi’ Menjelang Aidilfitri

Walaupun hatinya redha, tapi rindu di hatinya sangat mencengkam jiwa. Belum puas menatap bayi kesayangannya, namun Dia lebih menyayangi si kecil ini.

Tunggu Mama dan Papa Kat Syurga…

“Ya Allah Tak Kuat”-Baru 2 Hari Lahir, Bayi ‘Pergi’ Menjelang Aidilfitri

Sumber: Nachik Cikna

 



Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!