Cinta Family Hiburan

Yakin Perancangan Tuhan Soal Zuriat, Izzue Tak Mahu Menduakan Isteri

Yakin Perancangan Tuhan Soal Zuriat, Izzue Tak Mahu Menduakan Isteri

Sharing is caring!

Bagi mereka yang sudah berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Mana tidaknya, selain dapat menyambung keturunan, kehadiran zuriat juga akan menambahkan lagi bibit bahagia buat setiap suami isteri. Namun tidak semua mereka berpeluang memiliki zuriat sendiri sehinggakan terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya. Antaranya adalah bekas ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin yang belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

BACA :Β Dato Aliff Nak Comeback Tapi Isteri Belum Bagi Lampu Hijau, Netizen Pula Cuak


Cinta mengajar kita untuk hidup berdua, bukan mendua

Sering diajukan dengan persoalan mengenai zuriat, ternyata tidak membuatkan suami isteri ini terusik. Walaupun usia perkahwinan pelakon dan penyanyi kacak ini bersama isteri tercinta Awin sudah memasuki tahun ketujuh, namun hubungan mereka masih kekal romantik. Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik Izzue di Instagram miliknya, memaparkan momen indah dia dan isteri saling berpegangan tangan. Malah kapsyen yang ditulisnya juga membuatkan ramai ‘cair’.

Yakin Perancangan Tuhan Soal Zuriat, Izzue Tak Mahu Menduakan Isteri

Nak ada zuriat & aku yakin akan perancangan Allah

Dalam pada itu, Izzue turut mengakui bahawa dia yakin akan perancangan dan ketentuan Tuhan buat dirinya dan isteri. Baginya, kurniaan teragung itu yang amat dinantikan oleh setiap suami isteri.


Yakin Perancangan Tuhan Soal Zuriat, Izzue Tak Mahu Menduakan Isteri

Jangan putus asa… mana tahu terus dapat kembar

Kesemua perkongsian tersebut nyata telah mendapat bermacam reaksi termasuklah rakan-rakan artis yang lain. Rata-rata netizen memuji dan berasa terharu dengan kesetiaan Izzue terhadap isterinya. Malah ada antara mereka mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya selain meminta agar tidak berputus asa.

Yakin Perancangan Tuhan Soal Zuriat, Izzue Tak Mahu Menduakan Isteri Yakin Perancangan Tuhan Soal Zuriat, Izzue Tak Mahu Menduakan Isteri Yakin Perancangan Tuhan Soal Zuriat, Izzue Tak Mahu Menduakan Isteri

Sumber: Instagram izzueislam


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!