Viral

Yang Boleh Buat Isteri ‘Terbang’ Jauh Adalah Suami, Keluarga Sugu Jadi Buktinya

Yang Boleh Buat Isteri ‘Terbang’ Jauh Adalah Suami, Keluarga Sugu Jadi Buktinya

Sharing is caring!

Sering kali kita dengar ungkapan di sebalik kejayaan seorang wanita, berdirinya lelaki hebat yang sentiasa memberi sokongan di belakang. Sebelum memandang sudut kejayaan si isteri, tak salah jika kita flashback semua pengorbanan suami yang ditempuhi bersama-sama sewaktu susah mahupun senang. Begitu jugalah yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Nornafishah Zamry mengenai topik ini.

BACA : Isteri Sedih 5 Kali Bersalin Anak Lelaki, Suami Syukur Tegas Enggan Kahwin Lain


Sekarang dah sarung baju mahal & beraksi depan lensa..

Menerusi coretan yang dikarang menerusi Facebook peribadinya, dia menegaskan tentang peranan serta kewujudan aura suami dalam sesebuah rumah tangga. Mengambil contoh seperti YouTuber masakan yang namanya semakin meningkat naik iaitu S. Pavithra, kini apa yang diraihnya merupakan asbab sokongan positif suami di belakangnya.

Yang Boleh Buat Isteri ‘Terbang’ Jauh Adalah Suami, Keluarga Sugu Jadi Buktinya Yang Boleh Buat Isteri ‘Terbang’ Jauh Adalah Suami, Keluarga Sugu Jadi Buktinya

Dari cuma ceruk dapur, uruskan anak.. sekarang dah semakin terbang

Jika sebelum ini dia hanyalah seorang suri rumah biasa yang menguruskan rumah tangga ketika suami keluar bekerja di ladang sawit, sekarang hidup mereka berubah kepada tahap yang lebih baik. Malah wanita berusia 28 tahun ini seakan-akan membuktikan peribahasa Melayu berbunyi ‘tangan yang menghayunkan buaian mampu menggoncang dunia’.


Yang Boleh Buat Isteri ‘Terbang’ Jauh Adalah Suami, Keluarga Sugu Jadi Buktinya

Yang Boleh Buat Isteri ‘Terbang’ Jauh Adalah Suami, Keluarga Sugu Jadi Buktinya

Yang buat isteri terbang dengan jayanya adalah suami..

Apa yang mengagumkan lagi apabila suaminya iaitu M. Sugu dikatakan sanggup berhenti kerja semata-mata mahu memberi fokus kepada penghasilan video masakan di saluran YouTube mereka di samping membantu meringankan beban menguruskan hal rumah tangga. Meskipun dikecam ramai orang, namun Nornafishah Zamry menyifatkan keluarga berbangsa India ini pasti sudah menyusun percaturan hidup mereka sebaik-baiknya.

Yang Boleh Buat Isteri ‘Terbang’ Jauh Adalah Suami, Keluarga Sugu Jadi Buktinya

Yang Boleh Buat Isteri ‘Terbang’ Jauh Adalah Suami, Keluarga Sugu Jadi Buktinya

Yang Boleh Buat Isteri ‘Terbang’ Jauh Adalah Suami, Keluarga Sugu Jadi Buktinya

Sumber : Facebook Nornafishah Zamry-Omma


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!