“Yang Kaya Adalah Mak, Cik B Pun Rasa Malu Mintak Duit…”

Umum mengetahui tentang kejayaan hidup yang dikecapi oleh pengasas kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Vida (DSV) yang juga merupakan seoan ibu bagi sepasang anaknya, iaitu Cik B dan Kacak. Meskipun mereka hidup dalam keluarga yang serba kemewahan, DSV tetap dipuji sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab kerana membesarkan anak-anaknya seorang diri dan masih mengawal kehendak mereka sejak dari kecil lagi.

BACA: [VIDEO] “Kuat Sakat…” – Sedih Dianggap Anak Angkat, DS Vida Pujuk Cik B

Baru-baru ini, Cik B ada menjawab satu semula satu kata pujian di ruangan Instagram miliknya tentang sifatnya yang langsung tidak sombong walaupun hidupnya cukup senang. Menurutnya, semua harta itu bukanlah miliknya, tetapi hanya menumpang sedikit hasil titik peluh ibunya sahaja.

Cik B tak kaya…Cik B takde 1 sen pun dalam poket Cik B

Malah dia turut menambah yang dia juga sebenarnya malu untuk meminta sebarang wang daripada orang taunya itu jika ada barang yang mahu dibeli olehnya. Terdahulu, remaja berusia 14 tahun ini turut ditanyakan soalan sama ada seronok atau tidak menjadi anak kepada seorang yang kaya. Berikut adalah maklum balas yang disampaikan olehnya.

Miskin kaya rezeki masing-masing…kalau tak di dunia, mungkin di akhirat

Selain itu, dia turut ditanyakan tentang perihal hubungan rumahtangga penyanyi dan pelakon Aliff Aziz di laman yang sama, dan ini pula responnya.

Bila Cik B tengok gambar perempuan yang dia curang tu…bro you got a problem

Sumber: IG cikb_havoc66 & Twitter mecwne

Apa Komen Anda?