“Yaya Ni Menyusahkan Je..” – Gadis Viral Kuih Bulan Dedah Cabaran Jadi Usahawan

Tujuh tahun lalu, gadis manis yang berasal dari Terengganu ini pernah berasa tertekan serta hilang semangat untuk meneruskan hidup selepas disahkan lumpuh daripada bahagian paras pinggang ke bawah. Namun ternyata aturan Yang Maha Esa itu lebih baik. Selain telah bangkit daripada kekecewaannya, Haziqah Nurul Huda Harun atau lebih dikenali sebagai Yaya malah turut boleh bangga dengan empayar keusahawanan kuih bakul dan kuih bulan dimilikinya sejak kali pertama kali mempelajari cara membuat pastri tersebut pada 2014.

BACA: “Respect Teruk!” – Drive Kereta Tanpa Tangan, Wanita OKU Ini Bukti Diri Boleh

Tak pernah ada niat nak buat business sebenarnya..

Terbaru, gadis yang baru berusia 23 tahun itu telah diundang ke stesen radio Sinar FM bagi membuat perkongsian dalam segmen ‘Pagi di Sinar’ bersama Jep, Rahim Sepahtu dan juga Angah Raja Lawak. Sepanjang ke udara, Yaya sempat mendedahkan bagaimana dia boleh berkecimpung dalam dunia perniagaan kuih yang sinonim dengan masyarakat Cina. 

Pekerja sendiri pandang rendah dirinya…sebab tiada kelulusan degree

Selain itu, dia turut berkongsi pengalaman serta cabaran yang pernah dihadapi sepanjang melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Antaranya adalah seperti tanggapan orang terhadapnya gara-gara tidak memiliki kelulusan akademik yang lebih tinggi daripada para pekerjanya sendiri. Hal ini kerana Yaya sedar bahawa dirinya tidak mempunyai sijil SPM pun selepas diuji dengan masalah kesihatan sewaktu berusia 16 tahun.

“Dengar orang sekeliling cakap Yaya ni ‘menyusahkan hidup’ je..”

Dalam pada itu, dia turut mendedahkan pernah diperlekeh oleh orang sekeliling gara-gara fizikalnya yang tidak sempurna itu. Namun selain berkat daripada sokongan yang tidak berbelah bahagi diberikan oleh kedua ibu bapanya, Yaya juga lebih gemar mengendahkan semua kritikan negatif orang lain sebaliknya terus fokus dalam bidang yang diceburinya.

Sumber: IG yaya_victoryyaya & sinar_my

Apa Komen Anda?