‘Ye Faham. Memang GeIi, Kutu Boleh Berjangkit. Tapi Saya Tak Risau Sebab…’

Baru-baru ini, pelakon Nabila Huda telah berkunjung ke sebuah perkampungan IsIam di Kemboja untuk melaksanakan misi kemanusiaan yang dirancangnya sendiri bersama suami dan kawan-kawan. Difahamkan, percutian uniknya kali ini adalah bagi meraikan bulan hari jadi anaknya, Keisha. Ternyata, keputusannya untuk membuat kebajikan kepada orang kampung telah menjadi tumpuan dan pujian ramai netizen. 

BACA: “Pergi Cuti, Amik Gambar Cantik Post Kat IG.. Loser” – Nabila Huda Perli Siapa?

Trip ni memang I organise sendiri 

View this post on Instagram

Cerita Dia macam ni, semalam kan I abis shooting 2am, sampai rumah dah lewat..so semua packing kelam kabut,masa Nak Pergi airport masih lagi cari barang and Baru packing bag.So Kitaorg sampai airport pun lagi 1 hour nak terbang. Bila sampai je, skali al quran, sejadah and alat tulis berat total 120kg. Dah overweight lah. Mana la kite tau max 32kg untuk satu box. Pastu pulak trip ni kan I memang organise sendiri , Aku plan, Aku pm, Aku editor, Aku chef ,Aku mak ..Semua Aku lah! Tapi I memang favourite benda-benda gini..haha!Basically semua belasah je buat sendiri dari beli barang sampai lah Booked flight. Pastu dah jadi macam ni, I Cakap dgn husband, Dia kena stay Nak settlekan barang tu,Kitaorg chow dulu. At least Kitaorg sampai dulu dengan barang makan. Masa ni memang otak dah kalut gila sebab patutnya husband yang akan drive Utk kami berempat. Dalam otak I fikir, boleh ke kami perempuan ni Nak survive drive 4 jam Nak ke kampung tu waktu malam! Scary jugak..Tapi I Cakap dengan dorang semua, it’s okay, positive ! We can do this .. Girl power !💃🏽 @niesakhalil @tiharn89

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Dalam pelbagai aktiviti bantuan yang dilakukan, tindakan murni Nabila bersama Keisha menyapukan ubat kutu di seluruh rambut sebilangan kanak-kanak Kemboja telah mencuri perhatian ramai. Malah difahamkan, semua ubat-ubat itu telah ditaja oleh Datuk Farid Kamil. 

Dalam rambut diorang ada macam-macam Guys!

Meskipun berhadapan dengan masalah komunikasi, namun ia tidak menghalang Abil berusaha mendekati kanak-kanak itu. 

Nak explain amik masa jugak tau

Tindakan mulia itu telah meraih pujian ramai terhadap mereka. Namun ada juga yang menegur keselamatan Abil dan Keisha apabila mereka menyapu ubat kutu pada kanak-kanak tersebut tanpa memakai sebarang perlindungan diri. 

Banyak pahala.. alaa kenapa tak pakai shower cap 

Terbaiklah Abil.. tak rasa kekok.. steady je

You kena tutup kepala. Takut kutu terbang 

Alhamdulillah.. better pakai cap, apron.. sebab kutu boleh datang 

Tidak semua insan berhati mulia dan sanggup mendekatkan diri mereka dengan individu yang mempunyai kutu kerana takut dijangkiti. Namun, penerimaan itu berbeza bagi Abil dengan anaknya. Melalui satu posting terbaru di Instagram, dia menjelaskan sebab memilih untuk tidak terlalu mengambil kisah pendapat netizen terhadap perkara itu.  

Saya tak risau dia berjangkit sebab tau saya mampu untuk pulih. Saya anytime kat KL. Letak je ubat, hilanglah.. Kalau ada lagi letak je. Bukan masalah

View this post on Instagram

Ye faham,memang geli dengan kutu..kutu boleh berjangkit kat kite..kutu ni lah paling Di benci Oleh mak and nenek kite usually time sekolah dulu kan?Haha..Tapi Saya tak risau Dia berjangkit dengan Sebab Saya tau Saya mampu untuk pulih kan kutu kalau berjangkit kat Saya anytime kat KL. Letak je ubat, hilang la Nanti.Kalau ada lagi letak je Lagi. Not a problem. Tapi dorang ni, tak senang macam kite. Susah untuk dorang Nak dapat peluang macam ni. Kite Bantu dorang. Walaupun kite tau, dah letak tak guna Nanti ada Lagi.. Betul? Haaa sebenarnya Niat Saya adalah kite kongsi rasa kasih sayang kite untuk dorang. Biar dorang rasa ada Yang kisah, ada Yang sayang ,ada Yang bagi perhatian.. Biar dorang rasa disayangi, Di belai..They need it..Saya harap dorang akan ingat kasih sayang Yang Saya bagi ni sampai nafas terakhir dorang because I will never forget this moment until death do us part !😊

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Antara aktiviti lain yang dilakukannya bersama orang-orang kampung di sana adalah bergotong-royong menyediakan juadah berbuka. 

Alhamdulillah niat saya tercapai

Macam rewang majlis kahwin

Pertama kali nak masak untuk satu kampung 

View this post on Instagram

1st time ni Nak masak untuk satu kampung !😂

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Sumber: IG kupu_kupu

Apa Komen Anda?