Ria Ricis memang dikenali sebagai YouTubers yang suka membuat aktiviti lasak. Jantina perempuan juga bukan halangan dirinya memiliki keberanian persis seorang lelaki perkasa. Akan tetapi, tindakannya dan suami membawa anak sulung mereka menaiki jetski di kawasan laut mencetuskan kerisauan ramai.
BACA :Â Suka Sangat Selfie Rupanya Tanda Anda Lonely, Berkait Dengan Masalah Psikologi
Ibu ayah pakai jaket keselamatan, anak gamble dibawa naik jetski
Cut Raifa Ara Moana yang baru berusia 4 bulan saat dibawa melakukan aktiviti berkenaan dilihat hanya diam dalam dakapan si ayah tanpa sebarang pemakaian pelampung atau jaket keselamatan. Sementara itu, Ria di belakang terus berteriak seronok kerana aktiviti air memang menjadi kegemarannya sejak dahulu.
Dari genggaman dah nampak dia tengah ketakutan…Alangkah baik buat aktiviti selamat je
Berita berkenaan kecoh bukan sahaja di Indonesia, malahan tindakan mereka yang dianggap memperjudikan anak sendiri turut dilaporkan oleh media Amerika Syarikat. Tidak ketinggalan, seorang pakar psikologi turut menjelaskan aktiviti sebegitu agak keterlaluan untuk bayi memandangkan psikologi mereka belum berkembang penuh seperti orang dewasa. Maka jika berterusan, pembentukan emosi anak-anak bakal terganggu.
@sundarindah Kenapa anaknya diem aja pas diajak naik jetski? 🤔 #riaricis #parenting #mentalhealth #psychologicalreview #serunyabelajar #sundarindah
Kami mengaku salah & itu memang tidak sesuai usia
Sedar memberi contoh tidak baik walhal dia merupakan seorang influencer, Ria Ricis sempat memohon maaf atas kekhilafan mereka. Namun suaminya, Teuku Ryan menegaskan semula saat itu mereka berani membawa Moana sekali kerana laut sedang tenang dan tidak bergelora.
@rumpinosecret_ttv Klarifikasi @Ria Ricis @teukuryantr yang mengajak Moana naik Jetski. Ricis & Ryan merasa kondisi di laut saat itu aman dan Moana pun nyaman. Saksikan terus Rumpi No Secret Senin-Jumat setiap pukul 14.00-15.00 WIB di @TRANS TV
♬ suara asli – Rumpi (No Secret) Transtv – Rumpi (No Secret) Transtv
Kredit : TikTok rumpi, sundarindah
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
