Artis Antarabangsa cinta * perhubungan Viral

YouTubers Ditangkap Sebilik Dengan Skandal? Isterinya Nangis Ditenangkan Kawan

YouTubers Ditangkap Sebilik Dengan Skandal? Isterinya Nangis Ditenangkan Kawan

Kecantikan dan ketaatan seorang isteri bukanlah jaminan suami akan kekal setia. Andai seseorang lelaki itu sudah nekad untuk ‘makan luar’, perselingkuhan akan tetap terjadi. Itulah gambaran paling tepat diberikan kepada rumah tangga instafamous, Wendy Walters setelah mendedahkan tentang suaminya (YouTubers) berskandal dengan wanita lain.

BACA : YouTubers Terkenal Selingkuhi Isteri Cantik, Nama Rossa Dipetik Sebagai Skandal

Reza & Wendy selalu nampak mesra & kerap muat naik gambar sweet bersama

Sering memaparkan kemesraan rumah tangga di media sosial dan betapa si suami menyayanginya, berita itu cukup mengejutkan peminat mereka. Bagi yang tidak tahu, Reza Arap merupakan seorang YouTubers popular Indonesia di mana dia turut dikenali sebagai rapper, streamer, pengusaha dan pelakon filem. Kedua-dua juga baru sahaja menamatkan zaman bujang pada 21 Februari 2021 lalu.

YouTubers Ditangkap Sebilik Dengan Skandal? Isterinya Nangis Ditenangkan Kawan

YouTubers Ditangkap Sebilik Dengan Skandal? Isterinya Nangis Ditenangkan Kawan

F*ck around? Thanks for the trauma

Selain meluahkan rasa kecewa terhadap perkhianatan itu memandangkan sudah berusaha menjadi isteri yang taat, Wendy juga didapati memadamkan semua gambar bersama Reza. Pun begitu, hanya sekeping foto kahwin saja ditinggalkan iaitu pada tarikh 1 Mac 2021. Mengejutkan, wanita itu rupa-rupanya telah mengubah kapsyen lama kepada ayat baru berbunyi “Terima kasih untuk traumanya”.

YouTubers Ditangkap Sebilik Dengan Skandal? Isterinya Nangis Ditenangkan Kawan

Jika Arap selingkuh, apa yang akan Wendy lakukan? Aku tinggal

Melalui perkongsian seorang sahabatnya, Wendy didakwa berjaya menangkap suaminya sedang berdua-duaan dengan seorang wanita. Dalam sebuah video lain yang berlegar, dia dilihat menghabiskan masa di kelab hiburan dalam keadaan menangis lalu dipujuk beberapa orang kawan. Selain itu, sebuah rakaman lama beredar semula menyaksikan perbualan santai di antara Wendy dan Reza. Andai kata salah seorangnya didapati berskandal, Wendy dengan tegas mengatakan mahu angkat kaki. Manakala Reza pula akui sudi memaafkan jika benar-benar dirinya diduakan.

@syeeel25

Sekelas arap yang bucin bgt aja selingkuh, trus harus cari cowo kaya gmn lg sih di dunia ini🥺 #ciwen #wendywalters #rezaarap #arap #selingkuh

♬ original sound – Nadya Mahdi – Nadya Mahdi

@darksidegirl_

Selamat overthinking🔞 #rezaarap #wendywalters #selingkuh #fyp

♬ suara asli – darksidegirl_ – darksidegirl_

@sans_ntoss

#fyp #foryoupage #rezaarap

♬ Hal hebat – ☕️

Kredit : IG Wendy Walters, TikTok syeeel25, darksidegirl, sand tonns

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

YouTubers Ditangkap Sebilik Dengan Skandal? Isterinya Nangis Ditenangkan Kawan

Facebook

Telegram