Zarina Zainuddin Bawa Anak Autisme Tunaikan Umrah, Madu Turut Ikut Bersama…

Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin yang sebelum ini banyak berkongsi kisah inspirasi dalam membesarkan anak autisme sering sahaja mendapat perhatian netizen. Terbaru di Instagramnya, dia telah memaklumkan tentang keberangkatan ke tanah suci bagi menunaikan umrah. Menariknya, usahawan ini turut membawa anak autismenya iaitu Azal beserta madu, Datin Seri Hajah Norhasimah dalam ibadah tersebut.

BACA:[VIDEO] 23 Tahun Besarkan Azal & Azil, 2 Perkara Ini Pasti Buat Zarina Menangis

Saya bersama madu, anak serta ibu akan ke Mekah

Umum sedia maklum, wanita ini merupakan isteri kedua kepada Datuk Seri Raihan Wan Jaafar. Hasil dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang anak lelaki termasuk kembar yang menghidap autisme. Walau bagaimanapun, hubungan pelakon berkenaan dengan madunya terbukti rapat apabila mereka berdua bersama-sama bergerak ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.

Mohon maaf jika ada terkasar bahasa

Menerusi posting tersebut, Zarina sempat memohon maaf sekiranya ada kesilapan tutur kata mahupun perbuatan sebelum berangkat ke tanah suci. Dia juga berharap agar mereka semua dapat menunaikan ibadah umrah yang mabrur.

Alhamdulillah…Rezeki awak sekeluarga ke sana.

Berita gembira itu ternyata membuat netizen sangat gembira. Ramai mendoakan supaya perjalanan serta urusan mereka dipermudahkan setibanya di sana nanti. Rakan-rakan artis juga turut dilihat membanjiri ruangan komen posting berkenaan.

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?