Family Inspirasi

Ziarah Ayah Strok Di Cherating, Suami Isteri Sanggup Bawa Baby Naik Motor

Ziarah Ayah Strok Di Cherating, Suami Isteri Sanggup Bawa Baby Naik Motor

Sharing is caring!

Tidak semua dilahirkan dengan kemewahan dan bernasib baik dalam dunia ini. Ada di antara kita terpaksa tabah dalam menjalani kehidupan mereka yang serba kekurangan ini. Oleh sebab itu, kita telah diingatkan  supaya menghulurkan bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Terbaharu, seorang pengguna Facebook bernama Talha Sebri telah berkongsi kisahnya membantu sepasang suami isteri yang tidak dikenalinya ketika mereka sekeluarga sedang berehat di sebuah kawasan rehat di Temerloh.

BACA:¬†Suami Isteri Menangis Gembira, 11 Tahun Kahwin Baru Dapat Tengok ‘Double Line’

Mempunyai sebuah motor & anak kecil

Berdasarkan posting dikongsinya itu, hatinya terdetik rasa ingin membantu apabila melihat keluarga tersebut hanya mempunyai sebuah motosikal dan terdapat seorang bayi di dalam dakapan ibunya. Atas dasar kasihan dan risau, Talha menegur keluarga itu dan bertanyakan destinasi yang dituju mereka.Ziarah Ayah Strok Di Cherating, Suami Isteri Sanggup Bawa Baby Naik Motor Ziarah Ayah Strok Di Cherating, Suami Isteri Sanggup Bawa Baby Naik MotorZiarah Ayah Strok Di Cherating, Suami Isteri Sanggup Bawa Baby Naik Motor


Menolak pelawaan menaiki kereta

Si suami yang membawa motosikal itu memberitahunya mereka sekeluarga ingin ke Cherating. Terkejut dengan jawapan itu, isteri kepada Talha memintanya untuk menumpangkan si isteri dengan bayinya memandangkan perjalanan masih jauh. Namun, si suami menolak pelawaan tersebut dan hanya bersetuju selepas puas dipujuk.Ziarah Ayah Strok Di Cherating, Suami Isteri Sanggup Bawa Baby Naik Motor Ayah mentua hidap strok

Ketika di dalam kereta, isteri kepada Talha sempat berborak dengan ibu kepada bayi tersebut yang bernama Fatin. Wanita itu memberitahu mereka berdua bekerja di Cheras dan baru sahaja memulakan kehidupan mereka di sana. Siapa sangka, suami isteri yang berumur 20-an itu rupanya dalam perjalanan pulang ke kampung untuk melawat ayah mentuanya yang kurang sihat.Ziarah Ayah Strok Di Cherating, Suami Isteri Sanggup Bawa Baby Naik Motor


Ziarah Ayah Strok Di Cherating, Suami Isteri Sanggup Bawa Baby Naik MotorZiarah Ayah Strok Di Cherating, Suami Isteri Sanggup Bawa Baby Naik Motor

Selamat sampai ke kampung

Hasil daripada bantuan yang diberikan Talha dan isteri, keluarga ini selamat sampai di Cherating sebelum lewat malam. Tambahnya lagi, dia tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan tiga beranak itu yang terpaksa menaiki motor dari Cheras ke Cherating dengan keadaan hujan dan gelap jika dia tidak mempelawa untuk membantu. Pengguna Facebook ini mengakhiri posting dengan meluahkan rasa syukurnya kepada Tuhan dan berdoa agar keluarga kecil itu dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.Ziarah Ayah Strok Di Cherating, Suami Isteri Sanggup Bawa Baby Naik MotorZiarah Ayah Strok Di Cherating, Suami Isteri Sanggup Bawa Baby Naik Motor


Sumber: Facebook Talha Sebri

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini