Antarabangsa Artis Viral

Ziarah Pusara Ibu Baim Wong Tanpa Disuruh, Wanita Nangis Minta Bayarkan Sewa

Ziarah Pusara Ibu Baim Wong Tanpa Disuruh, Wanita Nangis Minta Bayarkan Sewa

Walaupun ramai beranggapan Baim Wong mengumpul pahala ‘menggunung’ melalui kerja-kerja kebajikannya, namun dia turut mengalami dugaan lain. Oleh kerana lokasi rumahnya sudah diketahui orang awam, sebilangan besar asnaf kerap muncul di sana untuk menagih simpati. Tubuh badan masih lagi sempurna, tetapi mereka menggunakan taktik air mata palsu dengan harapan mendapat wang ringgit.

BACA : Datang Rumah Baim Wong Minta Bayarkan Hutang, Wanita Malu Nama Baik Tercemar

Saya bukan nak menipu, encik bacalah mesej tu sendiri…Kalau bohong saya berdosa (minit 2:24)

Dalam kisah lucu yang dikongsikan 2 minggu lalu, Baim mendedahkan situasi seorang wanita yang terang-terangan sedang cuba mengambil kesempatan. Dengan tidak semena-mena, dia meluru ke arah Baim dan cuba menunjukkan bukti perbualannya dengan tuan rumah kepada kediaman yang disewa. Apabila artis tersebut mengatakan sesiapa sahaja boleh mereka-reka mesej sebegitu, individu ini mula beralih ke cerita sedih lain.

Ziarah Pusara Ibu Baim Wong Tanpa Disuruh, Wanita Nangis Minta Bayarkan Sewa

Kalau Baim kasihankan saya, bantulah saya…Saya siap pergi pusara ibu Baim & doakan dia lagi (minit 4:30)

Menurut cerita, katanya dia sedang ditimpa ujian seperti kehilangan anak tersayang 15 Jun lalu, tunggakan sewa rumah bernilai ribuan ringgit, bakal dihalau keluar rumah serta ditipu oleh scammer. Peliknya, Baim merupakan orang pertama yang cuba ditemui bagi meminta bantuan dan bukannya saudara terdekat sendiri. Bertambah curiga lagi, wanita terbabit juga sempat menziarahi pusara ibu Baim Wong walhal tak pernah disuruh sesiapa.

Kelakar betul la, nampak sangat menipu…Badan masih sihat kenapa meminta-minta?

Sekilas pandang, ramai netizen merasa terhibur kerana merasakan apa yang diceritakan oleh wanita ini sebenarnya nampak kurang logik dan mempunyai unsur penipuan. Dengan kesihatan yang masih baik, mereka berpendapat di sewajarnya dia mampu kerja lebih keras dan tidak bersikap meminta-minta.

Ziarah Pusara Ibu Baim Wong Tanpa Disuruh, Wanita Nangis Minta Bayarkan Sewa

Ziarah Pusara Ibu Baim Wong Tanpa Disuruh, Wanita Nangis Minta Bayarkan Sewa

Ziarah Pusara Ibu Baim Wong Tanpa Disuruh, Wanita Nangis Minta Bayarkan Sewa

Ziarah Pusara Ibu Baim Wong Tanpa Disuruh, Wanita Nangis Minta Bayarkan Sewa

Kredit : FB Kiano Tiger Wong OK

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ziarah Pusara Ibu Baim Wong Tanpa Disuruh, Wanita Nangis Minta Bayarkan Sewa

Facebook

Telegram

Kasut